::me, myself n i::

My photo
quoi que vous fassiez faites-le avec passion vivez avec passion
Powered by Blogger.
RSS

ibuku

panggilan yang bisa menggetarkan setiap insan yang bergelar ibu,ummi,mama.selamat hari ibu ku ucapkan kepadamu.
terima kasih atas segalanya yang telah kau lakukan padaku.aku terfikir-fikir ,layakkah aku menjadi anakmu,wahai ibuku.


ummi,
terima kasih kerana telah mencurahkan semua kasih sayang mu terhadapku
terima kasih atas segala apa yang telah kau lakukan padaku
terima kasih kerana berada di sisiku setiap masa
terima kasih kerana telah mengorgankan segalanya demiku dan
terima kasih kerana melahirkan aku.

what i want you to know is
i just has one mother in this world
did you kwno who is it
she is YOU

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.


one more thing
i love you very much,my beloved mother.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS