::me, myself n i::

My photo
quoi que vous fassiez faites-le avec passion vivez avec passion
Powered by Blogger.
RSS

~pergilah air mata~

usapkanlah air matamu agar tiada lagi tangisan yang kedengaran.....agar tiada lagi air jernih yang mengalir lesu di pipimu....dan keringkanlah air matamu kerana insan-insan yang menyayangi dirimu sentiasa berada di sisimu.

siang berganti malam dan malam berganti siang...
senja juga mula menginjak malam menyembunyikan cahaya matahari yang terik....
malam mula melabuhkan tirainya.....
dan terpancarlah cahaya sang kejora yang berkerlipan......

kuasa yang kita ada tidak mampu menghentikan masa yang berputar......
pernahkah anda terfikir jikalau kita boleh menghentikan masa mengikut kepentingan diri kita sendiri,apakah yg akan jadi pada dunia ini???
tetapi,kebesaran Tuhan Yang Esa tidak sesekali boleh kita atasi kerana kita hanyalah insan yang lemah dan tiada seorang pun yang sempurna

ada insan yg menyatakan hidup ini bagaikan tiada perasanya jika tiada cabaran dan dugaan yang mendatang.
biar pun pelbagai cabaran dan rintangan yang menimpa,siapalah kita untuk mempertikaikan apa yg berlaku kpd kita.

apa yg telah berlaku kpdku dan juga org di sekeliling ku tlh membuka mataku agar lebih berfikiran positif.jgn sesekali mudah berputus asa dan merasakan bagaikan kita telah gagal untuk selama-lamanya,tetapi fikirlah bahawa ia adalah permulaan.di mana anda berpijak ia adalah permulaan dan lupakan masa silam.

sebenarnya,apa yg aku coretkan di sini adlah peringatan buat diriku sendiri.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment